PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

1. Apakah perkara yang boleh diadukan kepada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (PSUPS)?

PSUPS boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan Kuarters Gunasama Persekutuan (KGP), Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP), salah guna kuasa/ penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan dan lain-lain yang melibatkan bahagian/ unit di PSUPS. Walau bagaimanapun, bagi aduan kerosakan dan pembaikan KGP pengadu diminta untuk melayari sistem eKuarters melalui pautan https://ekuarters.supsrwk.gov.my.

 

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan.

 

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Boleh, dengan kebenaran daripada pengadu dan menyertakan semua maklumat yang berkaitan.

 

4. Bagaimanakah cara menyalurkan aduan kepada PSUPS?

Semua aduan disarankan dihantar secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di portal PSUPS (Aduan dan Maklum Balas) atau https://psupsrwk.spab.gov.my.

 

5. Adakah PSUPS akan menyiasat semua aduan yang diterima?

Ya - Sekiranya aduan adalah berkaitan, jelas dan berasas.

Tidak - Sekiranya aduan yang diterima adalah di luar bidang kuasa PSUPS, menyentuh dasar-dasar kerajaan atau perkara-perkara di bawah bidang kuasa:

- Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan
- Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)
- Jabatan Bantuan Guaman
- Mahkamah

*PSUPS akan memanjangkan aduan yang berada di luar bidang kuasa PSUPS ke Biro Pengaduan Awam atau Jabatan/ Agensi yang berkaitan untuk tindakan dan perhatian lanjut.

 

6. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada PSUPS?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi termasuk dokumen-dokumen sokongan (sekiranya ada) untuk membolehkan PSUPS menilai kedudukan dan cara terbaik untuk membantu menyelesaikannya. Kami akan merahsiakan maklumat peribadi anda.

 

7. Apa akan berlaku kepada aduan saya?

JPM akan menghantar surat akuan terima dalam tempoh tiga hari bekerja sebagaimana yang dinyatakan dalam piagam pelanggan. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda dengan menggunakan Standard Operating Procedures (SOP) Pengurusan Aduan Awam PSUPS. Setiap aduan yang dikemukakan akan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja kecuali bagi kes-kes rumit yang memerlukan siasatan yang lebih terperinci.

 

8. Berapa lama PSUPS membuat siasatan?

PSUPS akan menyiasat aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit melibatkan jabatan/ agensi lain, ia mungkin mengambil masa untuk disiasat.

 

PERINGATAN

PSUPS boleh untuk tidak melayan sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat, lucah, konfrontasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas. PSUPS juga tidak akan mencampuri kes-kes yang melibatkan keputusan mana-mana mahkamah atau yang seumpamanya serta mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara individu/ syarikat yang tiada kaitan dengan fungsi/ peranan PSUPS.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader